Wednesday, March 16, 2011

BAB 1

BAB 1
Selamat pagi Natasha Camelia..!!! Aku berbisik sendirian sambil mengeliat membetulkan urat-urat saraf. Pagi-pagi macam ni kalau pekena roti canai ke nasi lemak ke, best sangat la ni. Lagi bertambah indah la pagi ni. Eh, lupa pula, pagi ni aku akan memulakan rutin yang baru sebab hari ini akan menjadi hari pertama aku bakal menjejakkan kaki aku yang panjang ala-ala model ni ke pusat pengajian tinggi. Opps, sorry, terperasan pula.
Kaki aku terhenti daripada terus keluar dari rumah sebaik sahaja terdengar suara yang gemersik dan sangat la merdu di pendengaran aku.  
“Adik, makan dulu, yang cepat sangat tu kenapa??” ujar mama lenbut.
Aku berpaling ke arah mama dan memandang wajahnya. Mama sangat cantik. Tutur katanya juga lembut. Bak kata orang tua-tua, selembut sutera. Sambil tersenyum aku berpatah balik semula ke meja makan. Semua mata memandang aku dengan pandangan yang tajam.
“Yang kamu ni cepat-cepat sangat kenapa??nak pergi mana awal-awal pagi ni??” giliran papa pula bertanyakan soalan yang sama.
“La, hari ni kan hari pertama Tasha daftar belajar, lupa la tu, sebab tu la Tasha nak cepat, takut lambat nanti orang dah ramai. Yala kan, semua tak nak temankan Tasha, terpaksa la Tasha uruskan sendiri” aku buat-buat sedih. Hehe. Kot-kot la ada yang simpati.
“Apa ni, semua pun tak kisah pasal Tasha. Abang Rill pun sama” aku mula menguis-nguis mee goreng yang ada di dalam pinggan setelah semuanya buat ‘bodo’ ja.
“Abang pun tak tahu dah nak cakap apa baby. Kan abang Imm dah kata semalam yang semua dah settle. Abang Imm kan ada kawan kat situ, dah daftarkan pun nama baby. Baby ni kan, nak kata nyanyuk tapi muda lagi” abang Arill mula membebel mengalahkan mak nenek.
Baby! Itulah panggilan abang Arill kepada aku. Hanya abang Arill seorang saja yang panggil aku dengan panggilan tu. Yang lain semuanya panggil adik. Tapi aku bahasakan diri aku dengan panggilan Tasha ok bukannya adik. Masa kecil dulu ok la panggil adik, tapi aku ni dah besar panjang dah, dah boleh kahwin dah pun tapi tetap panggil aku adik. Aku dah larang dah mereka semua panggil adik sebab aku bukan budak-budak lagi. Tapi semua buat tak tahu ja. Aku pun tak tahu apa masalahnya, mungkin sebab dah terbiasa kot.
“Eh, betul ke??” aku mula mengimbas kembali apa yang berlaku semalam.
‘Patut la pun, semalam masa mereka sibuk berbincang pasal topik ni, aku dah pun tertidur dekat pangkuan papa. Alamak malu la plak. Macam mana nak cover ni.’
“Eh ye ke abang Rill?? Napa Tasha tak ingat pun” dengan muka selamba aku terus makan mee goreng yang mula-mula tadi tu aku jual mahal nak makan.
“Apa ye ke, ye ke.Yang adik tidur awal tu siapa suruh” abang Iff yang sedari tadi hanya mendengar sahaja perbualan kami akhirnya menyampuk juga sebab tak tahan dengan kerenah aku la tu.
“Abang Rill, kita pergi pantai nak tak pagi-pagi ni. Best juga ni. Lagipun Tasha pun dah bersiap cantik dah ni, rugi la kalau tak keluar. Jom,jom. Lagipun abang Rill tak start kuliah lagi kan sebab hari ni pendaftaran pelajar baru” lengan abang Arill aku tarik.
Aku akan belajar tempat yang sama dengan abang Arill belajar sekarang. Tapi abang Arill dah tahun yang terakhir. Aku pula baru nak masuk.
“Baby, abang tak habis makan lagi la. Jap la” sambil terus menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya tanpa menghiraukan aku.
Ala, asyik-asyik makan ja abang ni. Cepat la. Nanti kita makan la lagi” aku tak mengalah.
Tiba-tiba, aku di sergah dari belakang, perlahan-lahan lengan abang Arill aku lepas. Aku pun duduk semula di kerusi dengan muka yang mencuka. Aku jeling dekat abang Arill. Abang Arill tersenyum sumbing, seronok tengok aku kena marah dengan abang Imm.
Ha, ni la padahnya ada terlalu ramai abang. Aku satu-satunya anak perempuan dalam keluarga ni dan mempunyai tiga orang abang. Abang Imm merupakan anak sulung dalam keluarga kami. Manakala abang Iff anak kedua diikuti dengan abang Arill, dan aku semestinya anak perempuan tunggal dan juga merupakan anak yang bongsu kepada Dato’ Razali dan juga Datin Hanani.
“Dah tak ada kerja sangat la tu pagi-pagi dah nak melepak kat pantai. Tak payah mengada-ngada, duduk rumah ja. Kamu pun sama Rill, jangan ikut sangat telunjuk adik kamu tu. Nanti makin naik lemak dia asyik manjakan dia sangat ” abang Imm menjengilkan mata.
Entah ribut apa entah melanda dia pagi-pagi ni tiba-tiba ja naik angin. Aku kuis kaki abang Arill. Dia buat muka selamba ja. Bengangnya, bukannya nak bela aku dari kena marah ke. Ni tak, dia boleh sambung makan buat ‘derk’ ja kat aku.
“Yang kamu ni, pagi-pagi lagi dah naik angin ni kenapa??Adik tak buat salah apa-apa pun dengan kamu” papa membela aku.
Aku apa lagi terus tersenyum sampai ke telinga. Hehe. Macam ni la aku suka. Ada orang yang sentiasa menyokong aku. Baru terasa di hargai.
 “Eleh, Tasha tahu Pa, mesti gaduh ngan kak Leya la tu. Betul tak??” aku memberanikan diri menjolok ‘sarang tebuan’.
“Papa, Leya tu Pa, sikit-sikit nak merajuk, tension la Pa. Imm pun dah tak tahu dah nak pujuk macam mana. Tak makan saman betul la budak tu” abang Imm terus mengadu pada papa.
Leya atau Nur Aleya Sofea merupakan tunang kepada abang Imm. Dah dekat setahun dah juga mereka ni bertunang. Tak juga kahwin-kahwin. Bila tanya bila nak langsungkan perkahwinan, sibuk memanjang je jawapannya. Kalau aku la, tak sempat orang lain tanya lagi aku dah gatal nak kahwin, tambah-tambah pula dengan orang yang kita sayang. Tapi itu aku.
“Kamu ni Imm, perempuan ni kena la selalu dipujuk. Kamu ni asyik busy ja sampai tak ada masa untuk dia. Papa tahu sangat dengan kamu tu. Asyik kerja ja. Kalau papa pun papa selalu merajuk” pandai juga papa ni bab-bab perempuan.
Aku tergelak kecil. Bukan apa, macam lawak pula tengok abang Imm dengan papa bincang topik ni.
“Apa??” abang Imm menjengilkan matanya bila dia ternampak aku tergelak-gelak.
“Apa abang Imm ni, marah dekat kak Leya, tapi dekat Tasha juga yang abang Imm lepaskan” aku dah naik bengang, terus ‘blah’ dari meja makan. Semua jadi terkebil-kebil. Ha, tau takut.
Aku ambil kunci kereta pastu terus keluar. Malas nak bertekak dengan abang Imm pagi-pagi ni. Dah la aku baru rasa pagi ni akan menjadi pagi indah aku. Huh, ‘indah’ sangat la pagi-pagi dah kena marah.
Aku pun tak tahu mana aku nak pergi sebenarnya. Aku terus drive walaupun tanpa hala tuju. Tiba-tiba aku rasa macam ada kereta lain “kiss” bontot kereta kesayangan aku ni saja. Aduh, ni yang ‘bikin’ hati panas ni. Makhluk mana pula yang tetiba ja nak bergurau senda dengan kereta aku pagi-pagi ni.
Aku terus meluru keluar, first skali aku meng‘usha’ bontot kereta Swift kesayangan aku yang aku dapat lepas habis saja peperiksaan SPM pemberian papa. Alamak, kemek dah walaupun tak teruk tapi tetap di panggil kemek. Ni yang benggang tahap cipan ni.
Hello, buta ke apa ha?? kereta yang cantik macam ni pun tak nampak ke??” mamat tu tercengang-cengang tangok aku yang tengah marah.
Aku pun jahat juga, tak baik meninggikan suara pada orang yang lebih tua pada aku. Aku agak umur lelaki tu lebih kurang sebaya dengan abang sulung aku, abang Imm.
“Minta maaf yer adik, abang tak sengaja. Abang nak cepat tadi, tu yang tak sempat nak brek
‘Ishhh, apa pula mamat ni dok berabang-abang la pula. Abang aku yang tiga orang tu pun aku dah tak boleh nak handle ni pula ada sorang lagi.’ aku mengomel dalam hati.
“Kalau tadi jadi apa-apa dengan saya macam mana. Tak pasal-pasal abang-abang saya jadi pembunuh tau” mamat tu tergaru-garu.Tak paham la tu. Hehehe
“Tak apa la abaikan saja apa yang saya cakap tadi” aku malas nak memanjangkan cerita. Aku terus menyua tangan.
“Apa pula nak salamnya, saya minta duit nak baiki kereta saya la” aku cuba sedaya upaya supaya tidak meninggikan suara lagi. Nanti nampak macam kurang ajar pula. Mamat tu tersenyum sorang-sorang sebab dah tersalah sangka. Aku turut menahan ketawa.
“Ok ok, ni kad abang, dah settle semua adik call ja abang, abang datang settle kan bil kerosakan kereta adik ni. Boleh???” aku terus mengangguk, ambil kad pastu terus pergi. Malas nak layan.
Tengah drive tiba-tiba aku dapat idea dah nak pergi ke mana. Ya, kat pantai kesukaan aku. Yang mula-mula tadi aku nak pergi dengan abang Arill tapi kena bantai pula dengan abang Imm yang ‘bengis’ macam singa kelaparan tu.
Seronoknya. Aku sukakan suasana angin yang menyentuh kulit aku, mendengar bunyi deruan ombak yang aku rasakan seperti sedang menyanyi. Eh ye ke ombak boleh menyanyi. Tiba-tiba aku mendapat idea gila tapi tak ada la gila sangat just nakal sikit ja.
“Helo..Mak Jah, Tasha accident, teruk sangat. Tak ada orang pun dekat sini. Tak ada orang tolong. Mak Jah tolong suruh Pak Abu datang ambil Tasha. Tapi jangan beritahu siapa-siapa pun” aku terus meletakkan hand phone sambil tertawa sendirian.
Tak sampai dua minit, hand phone aku berbunyi. Tertera nama abang Arill. Aku dah agak orang pertama yang akan call mesti abang Arill. Aku biarkan saja berbunyi. Malas nak angkat. Biar mereka tercari-cari aku sebab aku pun lupa nak beritahu lokasi aku sekarang ni.
Bestnya, inilah hobi aku bila ada masa lapang, aku suka sangat duduk di atas batu sambil mendengar MP3. Aku suka bila rambut aku terbang mengikut arah angin. Selalunya aku akan datang ke sini bersama-sama dengan abang Arill. Abang Arill bukan saja seorang abang kepada aku tapi juga merupakan kawan karib aku. Bak kata orang putih, BFF. Best friend forever.